Konsep Pembelajaran

Silat Cekak Hanafi ialah sejenis silat bela diri yang benar-benar asli, bukannya sejenis silat permainan atau silat olahraga.

              Silat Cekak Hanafi mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dengan mempunyai buah-buah pukulan dan kunci-kunci tangkapan yang cukup kemas.

              Pergerakan dan sistem silat ini adalah berasaskan gerak geri semulajadi manusia yang berasaskan fikiran yang sihat, jiwa yang tenang dan nyata kesesuaiannya dengan prinsip agama islam. Pelajarannya lebih manitikberatkan dari segi mempertahankan diri supaya terlatih dengan keberanian, bukan mengganas atau menceroboh. Hanya bila terpaksa demi keselamatan diri barulah pangamal Silat Cekak Hanafi menyerang.

Silat Cekak Hanafi menunggu serangan dengan berdiri lurus dan tidak mengelak ke kiri atau ke kanan tetapi mara ke hadapan di dalam gerak yang satu, makan gerak dalam gerak, sebab sebenarnya hakikat Silat Cekak Hanafi  ialah Silat Gerak.

Yang paling istimewa dan ganjil sekali di dalam kaedah serangannya, dikala ia menyerang dan jika musuh mengelak, pasti kena dan sekiranya ditepis pula pasti dimakannya. Tambahan pula sambil menyerang ia dapat menangkap (Cekak menyerang, Cekak mengangkap).

Penunutut-penuntut menangkis pukulan dan tikaman senjata dengan tangan kosong sahaja. Matlamat Silat Cekak Hanafi  ialah menangkis pukulan senjata sambil dapat merampas senjata lawan.

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner