Sekapur Sireh Penasihat Terengganu

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Pengasih.

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat kita bertemu di dalam ruangan laman web Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Terengganu ini.

Terlebih dahulu, saya yang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang melayari laman web ini dan juga diatas kesudian memberi sumbangan idea dan pendapat di dalam memajukan lagi laman web ini. Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada semua ahli Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi seluruh Malaysia amnya dan Terengganu Khasnya kerana begitu komited dengan persatuan PSSCPUHT sehingga akhirnya berjaya mewujudkan laman web ini.
Tujuan Utama laman web ini diwujudkan adalah untuk berkongsi maklumat dan aktiviti terutama dengan ahli-ahli yang jauh untuk mendapatkan maklumat Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Terengganu . Disamping itu juga dengan adanya laman web ini, dapatlah ahli-ahli yang bertukar ke Terengganu dapat meneruskan lagi persilatan.

Akhir kata dari saya, saya berharap dengan wujudnya laman web ini kita dapatlah mengembangkan lagi persatuan ini ke seluruh Malaysia bersama Pewaris Mutlak Silat Cekak Ustaz Hanafi YM. Tuan Haji Sheikh Md Radzi bin Haji Hanafi Al-Qadhi. 1 Suara, 1 Hati.

Penasihat
Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Terengganu
Tuan Haji Roslan bin Salam

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner