Pengertian Cekak

Cekak ialah perkataan utama yang terdapat dalam nama silat ini yang banyak membawa pengertian yang tersendiri. Ia juga dapat menghuraikan kenapa silat ini dinamakan Silat Cekak Hanafi.

          Perkataan cekak itu sendri merupakan kata Melayu lama dan dengan sendirinya ia menunjukkan bahawa silat ini benar-benar lahir di alam melayu. Terdapat peribahasa MAKAN CEKAK, khususnya di negeri Kedah yang bererti kesanggupan, keupayaan dan bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu. Oleh itu Silat Cekak Hanafi membawa maksud seni silat yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri.

Dalam bahasa Minangkabau, cekak disebut CAKAK yang bererti gaduh. Jadi Silat Cekak Hanafi adalah Silat Gaduh yang membawa pengertian silat ini boleh digunakan untuk menjaga keselamatan diri dalam pergaduhan tetapi bukan untuk mencari gaduh.

Dala bahasa Jawa, Cekak disebut Cheka yang membawa erti ringkas. Silat Cekak Hanafi bermakna silat ringkas iaitu silat yang mempunyai buah-buah pelajaran yang ringkas, tepat dan padat untuk mempertahankan diri.

Dalam bahasa Dewan Cekak bermaksud keras. Silat Cekak Hanafi bermakna silat padu iaitu silat yang mempunyai kaedah yang padu bagi menumpaskan lawan.
Oleh itu, dari segi bahasa Silat Cekak Hanafi membawa maksud silat yang ringkas, padu dan pantas yang dapat dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan diri dalam pergaduhan.

Dari segi gerak geri atau perbuatan, Cekak bermaksud segenggam yang membawa erti pegangan serta perpaduan. Oleh itu Silat Cekak Hanafi adalah satu silat yang mempunyai pegangan dan pendirian, iaitu mempelajari silat ini bukan untuk bermegah-megah, sombong, menceroboh, mengikut nafsu tetapi sebenarnya untuk manjaga diri, bangsa dan agama. Selain itu silat ini juga menganjurkan perpaduan di antara ahli, keluarga dan masyarakat keseluruhannya.

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner